Krisis perlembagaan Perak 2009

Krisis perlembagaan Perak 2009 merupakan satu pertikaian politik mengenai kesahihan kerajaan negeri Perak. Segala-galanya bermula apabila 4 Ahli Dewan Undangan Negeri dari Pakatan Rakyat melompat parti, memberi kelebihan kepada Barisan Nasional. Dengan hal ini, Barisan Nasional berjaya meyakinkan Sultan Perak bagi membubarkan kerajaan Pakatan Rakyat dan seterusnya digantikan dengan kerajaan Barisan Nasional.Sebelum krisis perlembagaan tercetus, Pakatan Rakyat pada asalnya mempunyai 32 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sementara Barisan pula mempunyai 27 ADUN. Semasa krisis tercetus, tiga ADUN Pakatan Rakyat keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas manakala seorang lagi (yang sebelumnya telah keluar parti UMNO dan menyertai Parti Keadilan Nasional) kembali semula menyertai UMNO. Pesta lompat parti tersebut menyebabkan pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri telah berubah, iaitu Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional mempunyai bilangan kerusi yang sama iaitu 28 serta terdapat tiga wakil bebas.Pertikaian kesahihan mengenai gejala lompat parti, bidang kuasa Sultan bagi menyingkirkan Menteri Besar sedia ada[1], surat perletakan jawatan tidak bertarikh, bidang kuasa Speaker Dewan Undangan Negeri Perak serta bidang kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia merupakan isu-isu utama dalam krisis perlembagaan ini.

Rujukan

WikiPedia: Krisis perlembagaan Perak 2009 http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php... http://www.malaysiakini.com/news/104895 http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malay... http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malay... http://www.mmail.com.my/Showdown_expected_in_Royal... http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Friday/Fron... http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Friday/Fron... http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Friday/Nati... http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Friday/Nati... http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Friday/News...